Tuesday, March 1, 2011

RINGKASAN( PERIBADI,MASALAH,CARA MENGATASI)

Dalam lingkungan usia yang muda, Afifi Bin Mohd Amin atau dikenali sebagai ustaz Afifi telah bergelar seorang ustaz. Ustaz yang berasal dari Kuala Medang,Kuala Lipis ini dilahirkan pada tanggal 27 Februari 1981. Ustaz Afifi telah berumah tangga dan mempunyai seorang isteri dan sepasang cahaya mata yang masih kecil. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik dan beliau merupakan anak yang ke-5.Beliau mendapat pendidikan di SMA Al-Maidah Ad Diniah Padang Tengku atau yang lebih dikenali Sekolah Menengah Agama Padang Tengku oleh masyarakat setempat. Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), beliau mendalami dan mempelajari ilmu agama di Pondok Terusan Pasir Tumboh. Melalui imu yang diperolehi di Pondok,beliau mengambil keputusan untuk menyertai Pusat Perubatan An-Nisak sebagai penceramah serta guru fardu ain. Menceritakan serba sedikit latar belakang keluarganya, beliau bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Ibu dan bapa beliau mencari rezeki dengan hasil pertanian di tanah milik mereka. Kesemua abang serta adik beliau merupakan ustaz dan ustazah di sekolah menengah atau sekolah rendah. Adik lelaki bongsu beliau baru sahaja menamatkan pengajian di Indonesia. Meski pun beliau tidak mendapat pendidikan yang tinggi seperti adik beradik yang lain, beliau tidak pernah sesekali berkecil hati dan cemburu dengan kejayaan adik beradik beliau. Malah beliau berasa bangga mempunyai adik beradik seperti itu yang akhirnya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Dengan berbekalkan ilmu yang ada beliau mengunakannya sebaik mungkin dengan memberi ceramah serta mengajar fardu ain kepada pelajar. Bagi beliau, ilmu agama sangat penting dan perlu dipelajari serta diperbaiki setiap hari. Sebagai seorang ustaz,tanggungjawab yang dimainkan amat besar. Menceritakan pengalaman sebagai seorang ustaz, beliau berasa sangat bersyukur dan gembira kerana beliau dapat berkongsi ilmu dengan orang lain. Beliau sanggup menerima tawaran untuk memberi ceramah walaupun destinasi untuk berceramah agak jauh dari kediaman beliau. Apabila selesai memberi ceramah, beliau akan berasa sangat berpuas hati kerana dapat menambahkan ilmu pada orang lain selain memantapkan lagi ilmu yang beliau ada. Jika ditanya mengenai masalah yang selalu dihadapi, beliau tidak menafikan tentang kehadiran pelajar ke kelas fardu ain. Ketidakhadiran pelajar tanpa alasan yang kukuh sedikit sebanyak menganggu proses pengajaran. Sebagai langkah mengatasi masalah tersebut, beliau membuat kuiz pada setiap kali kelas diadakan. Dengan cara begitu barulah pelajar tidak ponteng ke kelas. Selain itu, amat sukar untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Kebanyakkan pelajar beliau adalah pelajar sekolah rendah. Pada peringkat ini, pelajar amat sukat memahami apa yang dipelajari dan mengingati apa yang dipelajari. Terdapat juga pelajar yang sangat nakal seperti berbuat bising di dalam kelas. Namun itu semua tidak melemahkan semangat beliau. Beliau tidak suka mengunakan tindakan yang keras kerana beliau percaya jika mengunakan kekerasan, ia membuatkan pelajar beliau akan lebih jauh dengan beliau. Pelajar juga akan berasa takut dan malas untuk hadir ke kelas. Oleh yang demikian, beliau cuba mengunakan cara yang lebih bertoleransi bagi menjaga hubungan beliau dan pelajarnya.

No comments:

Post a Comment