Thursday, February 3, 2011

USTAZ AFIFI MOHD AMIN


Dalam lingkungan usia yang muda, Afifi Bin Mohd Amin atau dikenali sebagai ustaz Afifi telah bergelar seorang ustaz. Ustaz yang berasal dari Kuala Medang,Kuala Lipis ini dilahirkan pada tanggal 27 Februari 1981.Beliau mendapat pendidikan di  SMA Al-Maidah Ad Diniah Padang Tengku yang lebih dikenali  Sekolah Menengah Agama Padang Tengku oleh masyarakat setempat. Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), beliau  mendalami dan mempelajari ilmu agama di Pondok Terusan Pasir Tumboh. Melalui imu yang diperolehi di Pondok,beliau mengambil keputusan untuk menyertai Pusat Perubatan An-Nisak sebagai penceramah serta guru fardu ain. Dengan berbekalkan ilmu yang ada beliau mengunakannya sebaik mungkin dengan memberi ceramah serta  mengajar fardu ain kepada pelajar. Bagi beliau, ilmu agama sangat penting dan perlu dipelajari serta diperbaiki setiap hari. Sebagai seorang ustaz,tanggungjawab yang dimainkan amat besar. Menceritakan pengalaman sebagai seorang ustaz, beliau berasa sangat bersyukur dan gembira kerana beliau dapat berkongsi ilmu dengan orang lain. Beliau sanggup menerima tawaran untuk memberi ceramah walaupun destinasi untuk berceramah agak jauh dari kediaman beliau. Apabila selesai memberi  ceramah, beliau akan berasa sangat  berpuas hati kerana dapat menambahkan ilmu pada orang lain selain memantapkan lagi ilmu yang beliau ada. Jika ditanya mengenai masalah yang selalu dihadapi, beliau tidak menafikan tentang kehadiran pelajar ke kelas fardu ain. Ketidakhadiran pelajar tanpa alasan yang kukuh sedikit sebanyak menganggu proses pengajaran. Sebagai langkah mengatasi masalah tersebut, beliau membuat kuiz pada setiap kali kelas diadakan. Dengan cara begitu barulah pelajar tidak ponteng ke kelas.