Tuesday, March 1, 2011
KATA-KATA ALUAN
Alhamdulillah hirabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustaz Abdul Aziz Hajrin, Pensyarah CTU551 bagi kelas saya,di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya dan rakan sekelas yang lain. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Ustaz Afifi Bin Mohd Amin selaku orang yang amat penting untuk menjalankan tugasan ini. Tanpa sumbangan dan maklumat yang dikongsi bersama sudah pasti sukar bagi saya menyiapkan tugasan ini.Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Selain itu, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberi sokongan serta dorongan kepada saya. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal generasi muda di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu di muka bumi ini. Pada dewasa ini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina. Perubahan di dalam penggunaan teknologi juga amat penting kepada mahasiswa. Saya turut berasa kagum dengan kaedah yang digunakan oleh ustaz iaitu menghantar tugasan ini melalui blog sendiri. Dengan itu, saya dan rakan-rakan berpeluang mempelajari cara membuat blog sendiri dan menghiasnya.Justeru itu, haruslah mahasiswa tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.
RINGKASAN( PERIBADI,MASALAH,CARA MENGATASI)
Dalam lingkungan usia yang muda, Afifi Bin Mohd Amin atau dikenali sebagai ustaz Afifi telah bergelar seorang ustaz. Ustaz yang berasal dari Kuala Medang,Kuala Lipis ini dilahirkan pada tanggal 27 Februari 1981. Ustaz Afifi telah berumah tangga dan mempunyai seorang isteri dan sepasang cahaya mata yang masih kecil. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik dan beliau merupakan anak yang ke-5.Beliau mendapat pendidikan di SMA Al-Maidah Ad Diniah Padang Tengku atau yang lebih dikenali Sekolah Menengah Agama Padang Tengku oleh masyarakat setempat. Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), beliau mendalami dan mempelajari ilmu agama di Pondok Terusan Pasir Tumboh. Melalui imu yang diperolehi di Pondok,beliau mengambil keputusan untuk menyertai Pusat Perubatan An-Nisak sebagai penceramah serta guru fardu ain. Menceritakan serba sedikit latar belakang keluarganya, beliau bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Ibu dan bapa beliau mencari rezeki dengan hasil pertanian di tanah milik mereka. Kesemua abang serta adik beliau merupakan ustaz dan ustazah di sekolah menengah atau sekolah rendah. Adik lelaki bongsu beliau baru sahaja menamatkan pengajian di Indonesia. Meski pun beliau tidak mendapat pendidikan yang tinggi seperti adik beradik yang lain, beliau tidak pernah sesekali berkecil hati dan cemburu dengan kejayaan adik beradik beliau. Malah beliau berasa bangga mempunyai adik beradik seperti itu yang akhirnya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Dengan berbekalkan ilmu yang ada beliau mengunakannya sebaik mungkin dengan memberi ceramah serta mengajar fardu ain kepada pelajar. Bagi beliau, ilmu agama sangat penting dan perlu dipelajari serta diperbaiki setiap hari. Sebagai seorang ustaz,tanggungjawab yang dimainkan amat besar. Menceritakan pengalaman sebagai seorang ustaz, beliau berasa sangat bersyukur dan gembira kerana beliau dapat berkongsi ilmu dengan orang lain. Beliau sanggup menerima tawaran untuk memberi ceramah walaupun destinasi untuk berceramah agak jauh dari kediaman beliau. Apabila selesai memberi ceramah, beliau akan berasa sangat berpuas hati kerana dapat menambahkan ilmu pada orang lain selain memantapkan lagi ilmu yang beliau ada. Jika ditanya mengenai masalah yang selalu dihadapi, beliau tidak menafikan tentang kehadiran pelajar ke kelas fardu ain. Ketidakhadiran pelajar tanpa alasan yang kukuh sedikit sebanyak menganggu proses pengajaran. Sebagai langkah mengatasi masalah tersebut, beliau membuat kuiz pada setiap kali kelas diadakan. Dengan cara begitu barulah pelajar tidak ponteng ke kelas. Selain itu, amat sukar untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Kebanyakkan pelajar beliau adalah pelajar sekolah rendah. Pada peringkat ini, pelajar amat sukat memahami apa yang dipelajari dan mengingati apa yang dipelajari. Terdapat juga pelajar yang sangat nakal seperti berbuat bising di dalam kelas. Namun itu semua tidak melemahkan semangat beliau. Beliau tidak suka mengunakan tindakan yang keras kerana beliau percaya jika mengunakan kekerasan, ia membuatkan pelajar beliau akan lebih jauh dengan beliau. Pelajar juga akan berasa takut dan malas untuk hadir ke kelas. Oleh yang demikian, beliau cuba mengunakan cara yang lebih bertoleransi bagi menjaga hubungan beliau dan pelajarnya.
ANAK SOLEH
Mengupas sedikit isu semasa yang kerap berlaku baru-baru ini iaitu kes anak membunuh emak, kes buang bayi dan lain-lain. Pada pandangan Ustaz Afifi, beliau menyifatkan ianya perbuatan yang tidak berperikemanusiaan. Terutamanya ia berlaku pada seotang anak terhadap ibunya sendiri. Anak seperti ini diibaratkan sebagai anak yangtidak mengenang budi. Ibu yang mengandungkannya selama 9 bulan 10 hari dan melahirkan mereka serta diberi segala keperluan ysng diinginkan. Adakah ini balasan yang seorang ibu dapat setelah bertarung nyawa melahirkan seorang anak. Begitu juga dengan ayah yang memerah keringat untuk memberikan kehidupan yang selesa untuk ahli keluarganya. Justeru itu, Ustaz Afifi telah member beberapa cirri-ciri anak soleh untuk panduaan. Pertama, seorang anak yang soleh mempunyai iman dan akidah yang sempurna seperti berpegang teguh kepada ajaran agama islam. Selain itu, sentiasa melakukan amal soleh dan mengamalkan perintah Allah S.W.T seperti solat dan berpuasa di bulan ramadhan. Menghormati ibubapa atau orang yang lebih tua adalah amat penting. Seorang anak patut menghormati ibubapa mereka. Anak soleh juga sentiasa berdoa kepada ibubapa tidak kira samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Dalam dunia yang serba canggih ini, akhlak generasi uda sangat nipis. Oleh yang demikian, untuk menjadi anak soleh mestilah memiliki akhlak atau moral yang baik. Sebagai contoh, memakai pakaian yang berlandaskan syariat agama islam yang menuntut untuk memakai pakaian yang menutup aurat. Ini secara tidak langsung menghindari daripada perbuatan yang melanggar ajaran agama seperti berzina. Akhir sekali, sentiasa bertawakal kepada Allah. Serahkan segalanya kepada Allah setelah berusaha. Itu adalah serba sedikit cirri-ciri yang telah diberitahu oleh Ustaz Afifi berkaitan anak soleh.
PERANAN
Sebagai seorang ustaz, banyak peranan yang beliau perlu mainkan. antaranya, selain menjadi seorang ustaz yang mengajar fardhu ain. Beliau juga melibatkan diri sebagai seorang penceramah. Sekiranya diundang untuk menyampaikan ceramah, beliau dengan berbesar hati untuk menerima undangan tersebut. Bagi beliau, ilmu yang kita ada perlu dikongsi dengan orang lain. Selain itu, sebagai seorang ustaz, beliau juga dijadikan sebagai rujukan oleh penduduk setempat sekiranya mereka mempunyai kemusykilan berkaitan agama. Beliau sedaya upaya akan menyelesaikan kemusykilan tersebut. Namun sekiranya beliau kurang pasti,beliau akan merujuk kepada orang yang lebih arif untuk mengelakkan beliau memberi ajaran yang bercanggah dengan agama islam atau dikenali sebagai ajaran sesat.
SUMBANGAN
Sumbangan Ustaz Afifi ialah beliau selalu melibatkan diri di dalam aktiviti kebajikan seperti bergotong-royong membina masjid serta menziarahi rumah penduduk yang kurang berkemampuan untuk memberi sedikit sebanyak sumbangan dalam bentuk makanan, kewangan dan lain-lain. Selain itu, beliau turut menjaga kebajikan para pelajarnya yang belajar di kelas fardhu ain. Dengan itu, ianya dapat mengeratkan silaturahim antara mereka.Beliau juga sering kali dijemput untuk menjadi imam bagi melaksanakan solat hajat dan sebagainya oleh penduduk setempat.Beliau berasa berbesar hati dengan jemputan tersebut.
KESIMPULAN
Sebagai mengakhiri tugasan ini, semua pelajar dikehendaki untuk membentangkan hasil tugasan yang telah disiapkan. Sebelum menamatkan pembentangan tersebut, para pelajar perlu mengemukakan beberapa soalan kuiz berdasarkan hasil tugasan kepada rakan-rakan sekelas. Dengan itu, pelajar akan lebih fokus bagi menjawab soalan kuiz tersebut. Justeru itu, terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi kerjasama yang bagus disamping mendengar pembentangan yang dilakukan.Selain itu, pelbagai teladan yang diperolehi daripada hasil pembentangan rakan-rakan. Antaranya, menjaga maruah diri serta nama baik keluarga yang tinggal jauh daripada para pelajar.
Disamping itu, menjauhi segala perbuatan yang dilarang olaeh Allah.Akhir kata, tugasan ini merapatkan hubungan silaturahim antara rakan-rakan serta pensyarah. Bagi menhasilkan tugasan yang lebih baik, para pelajar saling bantu membantu antara satu sama lain. Tutur kata dan perlakuan turut dijaga sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Ini secara tidak langsung memlatih para pelajar agar lebih berakhlak mulia. Sekian, terima kasih.
Disamping itu, menjauhi segala perbuatan yang dilarang olaeh Allah.Akhir kata, tugasan ini merapatkan hubungan silaturahim antara rakan-rakan serta pensyarah. Bagi menhasilkan tugasan yang lebih baik, para pelajar saling bantu membantu antara satu sama lain. Tutur kata dan perlakuan turut dijaga sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Ini secara tidak langsung memlatih para pelajar agar lebih berakhlak mulia. Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)